Waqf Masjid - Anything Need for Mosque

Masjid telah dibina bermula Oktober 2021. Sehingga kini sudah 30 peratus pelaksanaan projek telah dijalankan. Sebanyak RM 34.8 juta diperuntukkan oleh Kerajaan Malaysia. Projek ini dijangka siap pada November 2024.

Masjid ini akan menjadi salah satu mercu tanda negeri Perlis yang menampilkan simbolik Islami. Setiap pintu masuk ke Perlis mempunyai masjid-masjid yang indah.

Walaubagaimanapun, masjid ini dijangka siap dalam keadaan kurang fasiliti seperti penyaman udara pada ruang solat utama. UniMAP mengalu-alukan sumbangan wakaf tunai dari penyumbang bagi memberi keselesaan kepada orang ramai

UniMAP mensasarkan sejumlah RM 10 juta untuk mempelbagaikan kemudahan-kemudahan lain seperti tempat parkir berbumbung solar dan lain-lain lagi.